Tuesday 15 September 2015

Mengulangkaji Pelajaran

Definisi Mengulang Kaji :

Suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

Cara-Cara Mengulang Kaji :

1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang.

2. Membaca buku teks

3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan.

4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skema jawapan

5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif

6. Bersoal jawab bersama-bersama rakan


SELAMAT BERAMAL =)

Pengurusan Masa Yang Baik

1. Boleh kalau nak menangguhkan kerja, Tapi pastikan bukan kerja yang penting.
Bukan semua menangguhkan kerja itu tidak baik, tetapi anda perlu kenal pasti kerja apa yang boleh ditangguhkan.


2. Kerap tanya soalan.
Ada kalanya kita tidak tahu perkara apa yeng perlu dilakukan, jadi waktu inilah kita perlu berkomunikasi dengan diri sendiri. Misalnya, Apakah perkara yang paling penting yang patut aku lakukan sekarang ? Apakah kerja yang belum disempurnakan ?


3. Hindarkan dari melakukan semua perkara
Perlulah diingat bahawa beban kerja melebihi kemampuan anda, maka hasilnya tidak akan berkesan.


4. Kenal pasti tenaga yang ada dalam diri anda
Kenal pasti tenaga yang ada dalam diri anda, berapa lamakah ia bertahan. Gunakan kekuatan ini untuk membantu anda di dalam melaksanakan tugas-tugas anda.


5. Bezakan tugas yang perlu disegerakan dengan tugas yang penting.
Laksanakan dulu tugas yang peru disegerakan kemudian barulah sambung dengan tugas-tugas yang penting.


6. Kemaskan meja kerja anda 
Kekemasan meja akan membuatkan kerja anda lebih cepat dan dapat membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang.


7. Belajar bertenang
Individu yang tenang akan dapat berfikir dengan waras dan dapat menyusun idea dengan lebih baik.


8. Elak dari berfikir seperti Mat Jenin
Berfikir boleh, tetapi berfikirlah secara realistik. Berangan-anagan boleh menganggu pelaksanaan kerja yang telah dirancang


9. Sediakan senarai semak
Sedikan satu senarai semak yang menyenaraikan semua tugasan anda. Tandakan di senarai semak tersebut jikan anda telah selesai melaksanakan tugasan-tugasan anda tersebut.

SELAMAT BERAMAL =)

Monday 14 September 2015

Nak Hebat Dalam Kelas ?

                     





Sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas?
  
1. Set Niat:
     Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. “Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.

6. “Refresh” Visual:
      Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.




8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan
     Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!


SELAMAT BERAMAL =)

Sunday 13 September 2015

Tips Membuat Nota


Tidur cukup ?  Dah.

Makan cukup ? Dah.

Rehat cukup ? Dah.

Datang kelas awal ? Dah.

Bersedia nak ambil nota yang disampaikan guru ? erm..

Bersedia nak buat nota semasa ulangkaji ? erm..

Tak susah manapun nota, hanya perlu teknik sahaja =)

Jenis-jenis nota : ANNOTATION
                          : NOTA OUTLINE
                          : NOTA LAJUR
                          : PETA MINDA
                          : NOTA RINGKASAN

ANNOTATION 
-menulis di ruangan tepi 
-menggaris fakta
-menandakan isi penting


NOTA OUTLINE
-guna frasa dan kata kunci
-gunakan tajuk besar dan kecil




















NOTA LAJUR
-sesuai bagi subjek sains dan matematik


















PETA MINDA
-tidak perlu mengikut susunan linear
-tajuk utama menjadi nukleus
-konsep-konsep membentuk cabang

















NOTA RINGKASAN 
-mempunyai semua maklumat yang telah diringkaskan
-fokus kepada isi penting
-ringkaskan dengan ayat sendiri














SELAMAT BERAMAL =)

Saturday 12 September 2015

Belajar Cara Belajar

                                         

Bismillahirrahmanirrahim...

Pembelajaran yang paling berkesan sebenarnya merupakan gabungan berbagai strategi dan Kemahiran Belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.

Tapi apakah sebenarnya yang dikatakan dengan kemahiran belajar ?

Kemahiran Belajar didefinisikan sebagai keupayaan atau kecekapan yang mesti dikuasai oleh setiap penuntut ilmu. Kemahiran belajar yang dikuasai tersebut membolehkan seseorang individu itu mengumpul, memproses dan membuat kesimpulan maklumat secara kendiri serta seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.




Namun, apa pula kepentingan menguasai kemahiran belajar ini ?

1. Meningkatkan daya ingatan

2. Pengurusan masa yang berkesan

3. Memantapkan pembelajaran individu

4. Mencapai cita-cita dan matlamat diri

5. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan

6. Meningkatkan pencapaian individu

7. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek

8. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat

9. Memupuk disiplin belajar

Kesimpulannya, dalam usaha menuju kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan Kemahiran Belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.